Home › Press Releases › Seven Additional Visa Outsourcing Centres being opened shortly (Bahasa Malaysia)
Seven Additional Visa Outsourcing Centres being opened shortly (Bahasa Malaysia) Kedutaan Besar India, Kuala Lumpur tidak lama lagi akan membuka tujuh pusat pemproses visa ke India yang baru, selain pusat-pusat pemproses yang sedia ada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Pusat-pusat visa yang baru tersebut akan ditempatkan di lokasi-lokasi berikut: -
i. Ipoh ii. Kuala Terengganu iii. Kuantan iv. Kota Kinabalu (Timur Malaysia) v Kuching (Timur Malaysia) vi. Melaka vii. Klang
2. Inisiatif baru ini dipercayai akan mengurangkan kesulitan yang dialami oleh pelancong-pelancong Malaysia yang ingin memohon visa ke India melalui sistem Biometrik. Pada masa yang sama, ia juga akan mengurangkan kos dan masa pemohon-pemohon visa yang terpaksa hadir ke pusat-pusat di Kuala Lumpur, Penang dan Johor Bahru. |