Press Release

   

 

KENYATAAN AKHBAR
Ucapan Perdana Menteri India, Shri Narendra Modi ketika Forum Sufi Sedunia

Perdana Menteri India, Shri Narendra Modi ketika berucap di Forum Sufi Sedunia di New Delhi baru-baru ini telah menarik perhatian dunia kepada fakta bahawa India telah menjadi pusat utama tamadun Islam dan mempunyai warisan Islam yang dikagumi.

Forum yang diadakan untuk empat hari itu dianjurkan oleh para ulama All India dan Lembaga Mashaikh, yang telah berjaya menghimpunkan golongan orang kenamaan, pemimpin keagamaan, para ulama, ahli akademik dan Theologi (Ilmu agama) dari lebih 20 buah negara.

Merujuk kepada kepelbagaian aspek tamadun Islam, Perdana Menteri Modi mengulangi bahawa budaya termasuk di India, di mana warisan Islam berkembang dengan tradisi tersendiri dengan budaya India, sambil menekankan sumbangan Islam dalam bidang seni India, kejuruteraan dan budaya, terutama dalam bentuk puisi dan muzik.

Perdana Menteri Modi juga berkata Muslim di India ditakrifkan sebagai budaya keamanan, kepelbagaian dan kesaksamaan iman terbentuk daripada nilai-nilai warisan Islam di India yang berpegang kepada idealism Islam yang tertinggi dan menolak aktiviti keganasan dan ekstremisme.

Beliau menekankan kepentingan ajaran Islam dan Sufism di dunia yang dibelenggu oleh keganasan dan ekstremisme, dimana menolak unsur-unsur keganasan bukanlah suatu konfrontasi terhadap mana-mana agama, tetapi satu perjuangan  antara nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai yang tidak berperikemanusiaan. Selain itu, Modi mengingatkan ajaran kitab suci Al-Quran al karim, iaitu “membunuh satu nyawa sama artinya dengan membunuh semua orang. Menyelamatkan satu nyawa sama artinya dengan menyelamatkan semua orang”. 

 

Address: ,
.

Working hours: 0900 hours to 1730 hours (Monday to Friday)
Telephone Numbers:
Website Maintenance: ,
Copyright policy | Terms & Condition | Privacy Policy|
Hyperlinking Policy | Accessibility Option | Help


© High Commission of India, Malaysia 2015. All Rights Reserved.
Powered by: Ardhas Technology India Private Limited.