Message from the President of India in connection with the missing Malaysian flight No. MH-370 (Bahasa Malay)
KENYATAAN AKHBAR
Berikut adalah mesej simpati dan doa yang disampaikan oleh Yang Mulia Presiden India kepada Yang di -Pertuan Agong XIV Malaysia, Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah berikutan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH 370. Beliau berkata:
"Selaku wakil kerajaan dan rakyat India dan bagi pihak saya sendiri , saya ingin menyampaikan rasa simpati kepada Kerajaan Malaysia dan kepada keluarga penumpang-penumpang pesawat Malaysia Airlines, yang dilaporkan hilang sejak Jumaat malam. Selain daripada jumlah besar rakyat Malaysia, lima daripada mereka adalah warganegara India.
Pegawai-pegawai kami sedang berhubung dengan pihak berkuasa Malaysia yang berkenaan mengenai isu ini. Kami menghargai usaha-usaha Kerajaan Malaysia untuk mencari pesawat yang hilang dan bersedia untuk memberikan apa-apa bantuan yang diperlukan .
“Kami berdoa untuk kesemua penumpang pesawat serta untuk keluarga mereka".