High Commissioner’s courtsey call on Hon’ble Minister...

HomePress Releases › High Commissioner’s courtsey call on Hon’ble Minister of Tourism... (English | Bahasa Malaysia | Tamil)

   


High Commissioner’s courtsey call on Hon’ble Minister of Tourism and Culture in Malaysia (English | Bahasa Malaysia | Tamil)


Kuala Lumpur
*****

SIARAN AKHBAR

Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, En. T.S. Tirumurti telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Dato 'Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri  Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, pada 12 Februari, 2014 yang lalu.

Dato 'Seri Mohamed Nazri berkata bahawa beliau berasa kegembiraan dengan hubungan dua hala yang sangat baik antara India dan Malaysia, terutamanya dalam bidang Kebudayaan dan Pelancongan serta berpuas hati dengan kemasukan pelancong dari India ke Malaysia dalam jumlah yang besar dan juga dengan peningkatan dalam perhubungan udara antara kedua-dua negara. Beliau berharap bahawa bilangan pelancong dari India pada 'Tahun Melawat Malaysia 2014’ akan terus meningkat.

Pesuruhjaya Tinggi India juga telah memberi taklimat kepada Dato 'Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz mengenai aktiviti-aktiviti yang berlangsung di Pusat Kebudayaan India, Kuala Lumpur , yang telah ditubuh pada Februari 2010. Pusat Kebudayaan India tersebut telah menganjurkan lebih daripada 100 program dalam setahun,  dalam empat tahun yang lalu dan ia mempunyai guru-guru profesional untuk pengajaran  Muzik Carnatic, Tarian Kathak , pembelajaran bahasa Hindi , Yoga, serta Tabla. Pusat ini telah memberi banyak manfaat kepada seramai 350 orang pelajar. Pesuruhjaya Tinggi juga menyatakan hasratnya untuk memperluaskan bidang kesenian dan kebudayaan India di pelbagai negeri di Malaysia. Manakala, Dato 'Seri Mohamed Nazri telah menyatakan sokongan beliau terhadap aktiviti-aktiviti yang berlangsung di Pusat Kebudayaan India tersebut.


Address: ,
.

Working hours: 0900 hours to 1730 hours (Monday to Friday)
Telephone Numbers:
Website Maintenance: ,
Copyright policy | Terms & Condition | Privacy Policy|
Hyperlinking Policy | Accessibility Option | Help


© High Commission of India, Malaysia 2015. All Rights Reserved.
Powered by: Ardhas Technology India Private Limited.