Pravasi Bharatiya Divas 2015
HomePress Releases › Pravasi Bharatiya Divas 2015 ( Bahasa Malay)

Pravasi Bharatiya Divas Gujarat 2015

 

   Persidangan Pravasi Bharatiya Divas (PBD) yang ke-13 dianjurkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negara India (MOIA), India akan diadakan pada 7-9 Januari 2015 di Mahatma Mandir, Gandhinagar, Gujarat.

Persidangan PBD akan menyediakan platform yang unik bagi masyarakat diaspora India untuk berinteraksi antara mereka dengan Kerajaan India dan kerajaan pelbagai negeri. Ia adalah satu forum di mana Kerajaan India mempamerkan peluang pelaburan di India dan potensi dalam pelbagai sektor.

Kementerian Hal Ehwal Luar Negara India (MOIA) menjangkakan penyertaan bersemangat dari Malaysia. Usaha itu adalah untuk menganjurkan satu persidangan yang penuh bermakna dan interaktif yang akan menangani isu-isu dan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat diaspora India dengan berkesan. PBD 2015 akan menjadi satu peristiwa penting kerana ia adalah tanda ulang tahun ke-100 pulangan besar "Pravasi" , Mahatma Gandhi, dari Afrika Selatan pada tahun 1915.

Diaspora India yang berminat boleh mencatatkan tarikh-tarikh ini di kalendar mereka. Kami mengharapkan penyertaan daripada masyarakat diaspora India dari Malaysia pada majlis ini bagi menghormati kerja dan sumbangan mereka.

Maklumat lanjut mengenai PBD 2015 akan diumumkan sebaik sahaja ia dimuktamadkan.

Address: ,
.

Working hours: 0900 hours to 1730 hours (Monday to Friday)
Telephone Numbers:
Website Maintenance: ,
Copyright policy | Terms & Condition | Privacy Policy|
Hyperlinking Policy | Accessibility Option | Help


© High Commission of India, Malaysia 2015. All Rights Reserved.
Powered by: Ardhas Technology India Private Limited.