Home › Press Releases › Additional visa outsource centres at Ipoh, Seremban and Melaka from 02.06.2014( Bahasa Malay )
Kedutaan Besar India, akan membuka Tiga Pusat Pemproses Visa Tambahan mulai 2 Jun 2014 Kedutaan Besar India, Kuala Lumpur akan membuka Tiga Pusat Pemproses Visa Tambahan di Malaysia, iaitu di Ipoh, Seremban dan Melaka. Pusat ini akan beroperasi mulai 2 Jun 2014 . Jumlah Pusat yang kini adalah sebanyak enam, termasuk tiga Pusat yang sedia ada di Kuala Lumpur , Pulau Pinang dan Johor Bahru. Inisiatif baru ini dipercayai akan mengurangkan kesulitan yang dialami oleh warga Malaysia yang melancong ke India. Kami berharap kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Pusat-pusat visa yang baru akan ditempatkan di lokasi-lokasi berikut: -
Dengan pembukaan Tiga Pusat Pemproses Visa Tambahan, pemohon visa tidak perlu melawat ke Kuala Lumpur untuk mengemukakan permohonan visa mereka atau memberikan data biometrik. Mereka boleh mendapatkan kemudahan yang disediakan di mana-mana 6 bandar yang dinyatakan di atas untuk mengemukakan permohonan visa India dan mengumpul visa. Usaha telah dijalankan untuk membuka Pusat Pemproses Visa Tambahan di beberapa bandar dan maklumat mengenai akan diberitahu dalam jangka masa yang pendek. Adalah dimaklumkan bahawa Pusat ini akan beroperasi mulai 2 Jun 2014 dan data biometrik wajib dibuat oleh semua pemohon visa India. |