Siaran Akhbar

HomePress Releases › Siaran Akhbar (English | Bahasa Malaysia | Tamil)

   


Siaran Akhbar (English | Bahasa Malaysia | Tamil)

Berikutan dengan pelancaran Ops 6P Sepadu, mulai 20-21 Januari, 2014 oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan menghantar balik pekerja tanpa izin, Suruhanjaya Tinggi India sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa di Malaysia untuk memudahkan proses menghantar warga India yang menetap di Malaysia secara tidak sah, pulang ke negara asal.

Sehubungan dengan ini , Bahagian Tenaga Kerja dan Konsular telah melawat beberapa kem di mana warga India tanpa dokumen sah ditahan. Setakat ini, pegawai-pegawai dari Suruhanjaya Tinggi India telah melawat kem tahanan KLIA ( 30.01.14 ), Semenyih  (03.02.14), Pekan Nenas ( 04.02.14 ), Bukit Jalil ( 05.02.14 ) dan menyediakan perkhidmatan konsular untuk seramai 336 individu. Dalam tempoh dari 24.01.14 ke 07.02.14, seramai 277 orang telah diberi dokumen perjalanan yang sah untuk pulang ke India. Dalam tempoh yang sama, Suruhanjaya Tinggi India juga telah menerima permohonan dokumen perjalanan bagi 202 warga India yang lain. Tambahan pula, 45 yang lain telah diberi surat pelepasan imigresen oleh Suruhanjaya Tinggi, untuk mendapatkan kebenaran dari Kerajaan Malaysia untuk kembali ke negara asal. Suruhanjaya Tinggi India telah memberikan bantuan dan bimbingan kepada sesiapa yang telah meminta bantuan, dalam jumlah yang besar. Suruhanjaya Tinggi India sedang berusaha dengan sedaya upaya untuk mengurangkan penderitaan pendatang India tanpa izin yang berhasrat untuk pulang ke negara asal.

Maklumat lanjut mengenai bantuan yang disediakan oleh Suruhanjaya tinggi India boleh didapati di laman web indianhighcommission.com.my



Address: ,
.

Working hours: 0900 hours to 1730 hours (Monday to Friday)
Telephone Numbers:
Website Maintenance: ,
Copyright policy | Terms & Condition | Privacy Policy|
Hyperlinking Policy | Accessibility Option | Help


© High Commission of India, Malaysia 2015. All Rights Reserved.
Powered by: Ardhas Technology India Private Limited.