High Commissioner of India pays tribute ...
HomePress Releases › High Commissioner of India pays tribute at the Morib Beach Memorial (Bahasa Malay)

Pesuruhjaya Tinggi India memberi penghormatan di Morib Beach Memorial

Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Shri TS Tirumurti telah melawat tapak Tugu Peringatan Tentera (Military Memoral Site) di Pantai Morib pada 9 September, 2014. Beliau diiringi oleh Kolonel Praveen Chhabra, Penasihat Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi India.

Tugu peringatan tersebut telah ditubuhkan sebagai peringatan pendaratan Bahagian Infantri Tentera India yang ke-23 dan ke- 25 di Pantai Morib, tepat 59 tahun yang lalu. Kumpulan ’46 Indian Beach’ telah memudahkan pendaratan sebanyak 42,651 ahli-kakitangan, 3,968 buah kenderaan dan 11,224 tan barang. kemunculan mereka di Morib menandakan pengakhiran Perang Dunia Kedua di rantau ini. Beberapa pasukan tentera India telah mengambil bahagian dalam Kempen Malaya sebagai sebahagian daripada Tentera Bersekutu ketika Perang Dunia Kedua, dimana ramai di antara mereka telah menjadi mangsa peperangan dan meninggal dunia. Kebanyakan rejimen ini masih kekal dalam tentera India sehingga kini.  

Peristiwa yang bersejarah ini telah dihargai oleh masyarakat India tempatan di Morib ketika sebuah majlis yang dianjurkan secara meriah di tapak Tugu Peringatan tersebut, dimana beberapa pemimpin masyarakat India tempatan, termasuk Ketua Bahagian MIC Kuala Langat, En S. Bathumalai turut hadir.

Pesuruhjaya Tinggi India memberi penghormatan kepada tentera India atas memperingati keberanian dan jasa mereka di Malaysia ketika Perang Dunia Kedua dan beliau juga memuji pasukan tentera dari kedua-dua negara, India dan Malaysia, yang telah berjuang bermati-matian berhadapan pelbagai cabaran demi mempertahankan Malaysia. Beliau berkata bahawa tugu peringatan tersebut adalah bukti sejarah ketenteraan yang dikongsi oleh kedua-dua negara, sambil mengimbas kembali sumbangan-sumbangan oleh negara India dan masyarakat India di Malaysia terhadap Tentera Nasional India Netaji Subhas Chandra Bose serta peranan inspirasi oleh mendiang Kapten Puan Sri Janaki Athi Nahappan, yang telah menerima anugerah tertinggi di India iaitu ‘Padma Shri’. Beliau berterima kasih kepada pentadbiran tempatan dan komuniti India tempatan atas penjagaan rapi tapak tersebut, yang merupakan simbol pengorbanan pasukan tentera, agar jasa mereka masih hidup di dalam ingatan kita. Beliau berkata bahawa terdapat juga beberapa lagi tempat di Malaysia yang telah menjadi tapak pertempuran semasa Perang Dunia Kedua.

*****

Address: ,
.

Working hours: 0900 hours to 1730 hours (Monday to Friday)
Telephone Numbers:
Website Maintenance: ,
Copyright policy | Terms & Condition | Privacy Policy|
Hyperlinking Policy | Accessibility Option | Help


© High Commission of India, Malaysia 2015. All Rights Reserved.
Powered by: Ardhas Technology India Private Limited.