Bantuan oleh Suruhanjaya Tinggi India kepada...

   


Bantuan oleh Suruhanjaya Tinggi India kepada warga India tanpa izin(English | Bahasa Malaysia | Tamil)

7 Mac: Bantuan oleh Suruhanjaya Tinggi India kepada warga India tanpa izin

1. Suruhanjaya Tinggi India meneruskan bantuannya kepada warga India tanpa izin berikutan pengumuman Operasi Bersepadu 6P pada 21 Januari 2014 oleh pihak berkuasa Malaysia . Suruhanjaya Tinggi India telah mengambil langkah-langkah pro -aktif untuk menghubungi warga India tanpa izin, yang kini berada di pusat-pusat tahanan. Sejak 21 Januari, pasukan konsular dari Suruhanjaya Tinggi telah melawat kem-kem tahanan di KLIA ( 30.01.14 ), Semenyi(03.02.14 ), Pekan Nenas ( 04.02.14 ), Bukit Jalil ( 05.02.14 ), Juru ( 05.02.14 ), Langkap (10.02.14), Putrajaya ( 11.02.14 ) Machap Umboo ( 13.02.14 ), Lenggeng ( 17.02.14 ) dan Ajil ( 17.02.14).

2. Dalam tempoh ini , seramai 542 warga India tanpa izin yang ditahan di kem-kem tahanan telah ditemuramah untuk memudahkan penghantaran balik mereka dan sebanyak 681 dokumen perjalanan kecemasan telah dikeluarkan, termasuk kepada warga-warga India tanpa izin yang ditahan sebelum pelancaran operasi oleh penguatkuasaan semasa. Di samping itu, seramai 83 warga India yang tinggal di Malaysia melebihi tamat tempoh visa mereka, telah dibantu untuk mempermudahkan penerimaan kelulusan daripada Jabatan Imigresen Malaysia bagi membolehkan mereka kembali ke India selepas penyelesaian formaliti dengan pihak berkuasa imigresen.

3. Di samping itu, selain daripada penyediaan tempat tinggal sementara oleh pihak Suruhanjaya Tinggi, ia juga menghargai kerjasama masyarakat India tempatan, yang juga telah menyediakan tempat tinggal sementara kepada beberapa warga India sehingga mereka kembali ke negara asal. Suruhanjaya Tinggi juga menghargai kemudahan yang diberi oleh pihak berkuasa Malaysia dan pihak imigresen, yang telah memberi maklumat dan membantu dalam penghantaran balik warga India tanpa izin di Malaysia.

4. Sebuah ‘Kaunter Pertolongan’ juga telah disediakan oleh pihak Suruhanjaya Tinggi baru-baru ini untuk membantu warga-warga India. Suruhanjaya Tinggi menggalak warga-warga India tanpa izin untuk berjumpa dengan pihak Suruhanjaya Tinggi secara individu untuk mempermudahkan pihak berkuasa berkenaan membantu mereka. Justeru, maklumat selanjutnya boleh diperolehi dari laman web Suruhanjaya Tinggi [www.indianhighcommission.com.my] atau memperoleh bantuan secara terus dari pejabat Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia di Menara 1, Mont Kiara, Tingkat 28 , No.1 , Jalan Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur.

5. Suruhanjaya Tinggi akan terus membantu dan membimbing warga-warga India tanpa izin melalui lawatan ke kem-kem tahanan di seluruh Malaysia dan juga di Suruhanjaya Tinggi.

Address: High Commission of India, Level 28, Menara 1 Mon't Kiara,
No.1, Jalan Mon't Kiara, 50480, Kuala Lumpur.

Working hours: 0900 hours to 1730 hours (Monday to Friday)
Telephone Numbers: (00-603) 62052350, 6205 2351 Fax Number: (00-603) 6143 1173
Website Maintenance: (00-603) 6143 1169, edu.kl@mea.gov.in
Copyright policy | Terms & Condition | Privacy Policy|
Hyperlinking Policy | Accessibility Option | Help


© High Commission of India, Malaysia 2015. All Rights Reserved.
Powered by: Ardhas Technology India Private Limited.