Bantuan Banjir Di Chennai Dan Bahagian

Home › Bantuan Banjir Di Chennai Dan Bahagian - Bahagian Lain Di Tamil Nadu, ( English , தமிழ் )

   

SURUHANJAYA TINGGI INDIA
KUALA LUMPUR
****
KENYATAAN AKHBAR

‘BANTUAN BANJIR DI CHENNAI DAN BAHAGIAN-BAHAGIAN LAIN
DI TAMIL NADU’

    Chennai dan kawasan pinggir bandar serta daerah-daerah lain di Tamil Nadu telah dilanda banjir buruk akibat hujan lebat untuk beberapa hari, dimana keadaan Bandar Chennai dikatakan terjejas. Akan tetapi, keadaan tersebut semakin pulih dengan usaha bantuan yang disalurkan

    Pada masa ini, Suruhanjaya Tinggi India amat menghargai keprihatinan dan rasa simpati yang disampaikan oleh rakyat Malaysia, yang menyatakan kesediaan mereka untuk membantu golongan mangsa banjir tersebut.

     Akan tetapi, memandangkan keadaan disana masih terkawal dan Kerajaan India tidak memerlukan bantuan ketika ini, kerana kesemua usaha-usaha bantuan sedang dilaksanakan oleh pasukan mereka tersendiri, rakyat Malaysia menghulurkan bantuan kewangan, boleh membuat demikian melalui Kerajaan Tamil Nadu, seperti berikut:

(i) Tabung Bantuan Awam Ketua Menteri (Chief Minister’s Public Relief Fund)

    Sumbangan kepada CMPRF boleh dikirim terus melalui Sistem Penjelasan Elektronik (ECS) ke Akaun Bank Simpanan CMRPRF di , Cawangan Sekretariat, Chennai , Tamil Nadu, India. Butiran adalah seperti berikut:

             Bank                       :
             Cawangan            :
             SB A / C No.          :
             IFS Kod                  :
             CMPRF                  :

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Kerajaan Tamil Nadu: (cms.tn.gov.in/sites/default/files/announcement/announcement_CMPRF.pdf)

    Sumbangan kepada Tabung Bantuan Awam Ketua Menteri juga boleh dihantar melalui bayaran Cek / pembayaran bank draf atas nama “Chief Minister’s Public Relief Fund". Ini merupakan salah satu pilihan jika bayaran dibuat dalam bentuk Cek kepada bank in India.  Kiriman wang anda melalui Cek / pembayaran bank draf serta segala urusan surat-menyurat boleh dihantar ke:

(ii) Bank Antarabangsa India di Malaysia (IIB-M)

    India International Bank, yang merupakan Bank Malaysia, telah bersetuju untuk melakukan transaksi sumbangan wang tunai dari Malaysia kepada Tabung Bantuan Awam Ketua Menteri pada kos minimum. Sekiranya anda deposit Cek / pembayaran bank draf atas nama India International Bank di Malaysia, ia akan melakukan transaksi secara langsung, sekaligus memindah jumlah kewangan tersebut ke CMPRF. Sesiapa / mana-mana organisasi / persatuan yang ingin mengguna sistem ini, boleh menghubungi IIB-M, disertakan dengan beberapa dokumen seperti berikut:

  • Cek atas nama "India International Bank Malaysia Berhad"
  • Butiran pengirim seperti Bukti pendaftaran, salinan Kad Pengenalan, salinan Pasport dan lain-lain
  • Surat daripada penandatangan yang diberi kuasa oleh Persatuan, menyatakan maklumat penuh Amanah / Firma / Syarikat / Persatuan serta bahawa kebenaran/kelulusan dalaman untuk aktiviti transaksi kewangan.

(iii) Tabung Bantuan Kebangsaan Perdana Menteri (Prime Minister’s National  Relief Fund - PMNRF)

    Tabung Bantuan Kebangsaan Perdana Menteri (PMNRF) menerima sumbangan sukarela dari individu, Organisasi, Amanah, Syarikat dan Institusi-institusi dan lain-lain. Maklumat lanjut untuk pemindahan atas talian (online) boleh dimuat turun dari http://pmindia.gov.in/en/pms-dana

    Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi En Bramha Kumar, Setiausaha Pertama dan Ketua Chanseri di

 

 


Address: ,
.

Working hours: 0900 hours to 1730 hours (Monday to Friday)
Telephone Numbers:
Website Maintenance: ,
Copyright policy | Terms & Condition | Privacy Policy|
Hyperlinking Policy | Accessibility Option | Help


© High Commission of India, Malaysia 2015. All Rights Reserved.
Powered by: Ardhas Technology India Private Limited.