Additional visa outsource centres at Ipoh, Seremban...
HomePress Releases Additional visa outsource centres at Ipoh, Seremban and Melaka from 02.06.2014( Bahasa Malay )

Kedutaan Besar India, akan membuka Tiga Pusat

Pemproses Visa Tambahan mulai 2 Jun 2014

        Kedutaan Besar India, Kuala Lumpur akan membuka Tiga Pusat Pemproses Visa Tambahan di Malaysia, iaitu di Ipoh, Seremban dan Melaka. Pusat ini akan beroperasi mulai 2 Jun 2014 . Jumlah Pusat yang kini adalah sebanyak enam, termasuk tiga Pusat yang sedia ada di Kuala Lumpur , Pulau Pinang dan Johor Bahru. Inisiatif baru ini dipercayai akan mengurangkan kesulitan yang dialami oleh warga Malaysia yang melancong ke India. Kami berharap kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.

        Pusat-pusat visa yang baru akan ditempatkan di lokasi-lokasi berikut: -

KUALA LUMPUR  :  G -01, Tingkat Bawah ,Bangunan perdagangan Selat , No 2
Lebuh Pasar Besar , 50050 Kuala Lumpur.
PULAU PINANG  :  No 105, LebuhChulia , 10200 Pulau Pinang.
JOHOR BAHRU  :  Unit M-03, Mezz Floor (Ground Floor) Menara Tjb, No 9, Jalan Syed Mohd Mufti, 80000 Johor Bahru, Johor.
IPOH  :  No.120 ,Jalan Sultan Yusuf, 30000 , Ipoh, Perak.
MELAKA  :  No.2B ,Jalan Temenggong , 75000 Melaka.
SEREMBAN  :  Suite No 10 , Tingkat Dua, Lucky Plaza , Jalan Dato Lee
Fong Yee, 70000 Seremban ,Negeri Sembilan.

        Dengan pembukaan Tiga Pusat Pemproses Visa Tambahan, pemohon visa tidak perlu melawat ke Kuala Lumpur untuk mengemukakan permohonan visa mereka atau memberikan data biometrik. Mereka boleh mendapatkan kemudahan yang disediakan di mana-mana 6 bandar yang dinyatakan di atas untuk mengemukakan permohonan visa India dan mengumpul visa. Usaha telah dijalankan untuk membuka Pusat Pemproses Visa Tambahan di beberapa bandar dan maklumat mengenai akan diberitahu dalam jangka masa yang pendek.

        Adalah dimaklumkan bahawa Pusat ini akan beroperasi mulai 2 Jun 2014 dan data biometrik wajib dibuat oleh semua pemohon visa India.

Address: High Commission of India, Level 28, Menara 1 Mon't Kiara,
No.1, Jalan Mon't Kiara, 50480, Kuala Lumpur.

Working hours: 0900 hours to 1730 hours (Monday to Friday)
Telephone Numbers: (00-603) 62052350, 6205 2351 Fax Number: (00-603) 6143 1173
Website Maintenance: (00-603) 6143 1169, edu.kl@mea.gov.in
Copyright policy | Terms & Condition | Privacy Policy|
Hyperlinking Policy | Accessibility Option | Help


© High Commission of India, Malaysia 2015. All Rights Reserved.
Powered by: Ardhas Technology India Private Limited.